Sejarah Penubuhan

ADTEC JTM Kampus Bukit katil MELAKA

ADTEC JTM Kampus Bukit Katil telah memulakan operasinya pada awal tahun 1989 dimana pada peringkat awal tujuh bidang kemahiran telah dijalankan yang merangkumi kemahiran dalam bidang Mekanik Am, Pemesinan Am, Kimpalan, Juruelektrik, Radio dan Televisyen, Elektronik Perindustrian dan Pembuatan Perabot.

ADTEC JTM Kampus Bukit Katil  telah dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong IX, Sultan Azlan Shah pada tanggal 13 Julai 1990 bersamaan 20 Zulhijjah 1410 hijrah.

Apabila Institut ini beroperasi sepenuhnya, kursus-kursus seperti Instrumen Perindustrian, Telekomunikasi serta Pembina dan Pemasang Struktur Keluli telah diperkenalkan. Program-program latihan yang ditawarkan adalah seperti Skim Perantisan Negara, Kursus Persijilan Kemahiran Ketukangan dan Kursus Meningkatkan Kemahiran.

Di peringkat awal operasinya, Institut ini mempunyai 1 blok bangunan pentadbiran, 3 blok bengkel yang boleh menampung 300 orang pelajar, 4 blok kemudahan asrama, sebuah surau, 1 dewan makan, 1 bangunan stor dan dewan serbaguna disamping kemudahan-kemudahan sukan seperti padang bola sepak, hoki, tenis, sepak takraw dan gelanggang badminton.

Sepanjang tempoh 30 tahun ini, ADTEC JTM Kampus Bukit Katil  telah Berjaya melahirkan lebih 45,800 graduan berkemahiran melalui program sepenuh masa dan jangka pendek.

Image
Image
Image
Image
Image

Sumber: Arkib ADTEC JTM Kampus Bukit Katil

Di Manakah Kami?

ADTEC JTM Kampus Bukit Katil
Jabatan Tenaga Manusia
Kementerian Sumber Manusia

Lot 4345, Jalan Tun Telani,
Mukim Bukit Katil, Hang Tuah Jaya,
Ayer Keroh Melaka
75450 Malaysia

📧 ilpmelaka@jtm.gov.my

☎️ 06-2320600

📠 06-2329600

🌐 http://www.ilpmelaka.gov.my

ADTEC JTM Kampus Bukit Katil Melaka tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian/kehilangan atau kerosakan akibat daripada data yang diperoleh melalui portal ini.

Dibangunkan oleh Pasukan di Bahagian Pusat Sumber Multimedia, ADTEC JTM Kampus Bukit Katil Melaka.
Paparan terbaik laman web ini menggunakan pelayar Google Chrome & Mozilla Firefox dengan resolusi skrin 1920 x 1080 atau lebih tinggi.
Paparan video yang terbaik adalah dengan kelajuan internet yang tinggi dan stabil.
 
ADTEC JTM Kampus Bukit Katil, Melaka
Lot 4345, Jalan Tun Telani, Mukim Bukit Katil, Hang Tuah Jaya, Ayer Keroh Melaka
75450 Malaysia
 
☎️ 06-2320600
📠 06-2329600