Ucapan Timbalan Pengarah operasi ADTEC JTM KAMPUS BUKIT KATIL
Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera.
Selamat datang ke Laman Web Rasmi ADTEC JTM Kampus Bukit Katil.
ADTEC JTM Kampus Bukit Katil merupakan institusi latihan di bawah Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Kementerian Sumber Manusia (KSM). ADTEC JTM Kampus Bukit Katil ditubuhkan bertujuan menyediakan dan melaksanakan program latihan kemahiran pra-pekerjaan bagi memenuhi keperluan sektor perindustrian negara.
Kursus-kursus yang ditawarkan adalah Teknologi Instrumen Perindustrian, Teknologi Plastik (Polimer), Teknologi Mekatronik, Teknologi Penyenggaraan Mekanikal, Teknologi Kimpalan dan Teknologi Elektrik. Selain itu, ADTEC JTM Kampus Bukit Katil juga ada menyediakan kursus jangka pendek yang menyenaraikan beberapa latihan berpandukan keperluan industri.
Terdapat banyak kemudahan yang disediakan di ADTEC JTM Kampus Bukit Katil untuk kegunaan semua warga ADTEC JTM Kampus Bukit Katil. Kemudahan yang disediakan ini diharapkan dapat membantu mewujudkan suasana yang selesa untuk para pelajar dan pegawai.
Saya amat mengalu-alukan kehadiran semua pengunjung ke Laman Web ADTEC JTM Kampus Bukit Katil. Semoga semua maklumat yang disertakan dapat membantu para pengunjung untuk mengenali ADTEC JTM Kampus Bukit Katil dengan lebih dekat. Jom kemahiran bersama kami. Terima kasih.
Saya yang menjalankan amanah,
(Ts. Mohd Razali Bin Noor)
Timbalan Pengarah Operasi
ADTEC JTM Kampus Bukit Katil, Melaka
Di Manakah Kami?
ADTEC JTM Kampus Bukit Katil
Jabatan Tenaga Manusia
Kementerian Sumber Manusia
Lot 4345, Jalan Tun Telani,
Mukim Bukit Katil, Hang Tuah Jaya,
Ayer Keroh Melaka
75450 Malaysia
☎️ 06-2320600
📠 06-2329600