Sejarah Penubuhan

INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN BUKIT KATIL MELAKA

 

ILPBK telah memulakan operasinya pada awal tahun 1989 dimana pada peringkat awal tujuh bidang kemahiran telah dijalankan yang merangkumi kemahiran dalam bidang Mekanik Am, Pemesinan Am, Kimpalan, Juruelektrik, Radio dan Televisyen, Elektronik Perindustrian dan Pembuatan Perabot.

 

Institut Latihan Perindustrian Bukit Katil telah dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong IX, Sultan Azlan Shah pada tanggal 13 Julai 1990 bersamaan 20 Zulhijjah 1410 hijrah.

 

Apabila Institut ini beroperasi sepenuhnya, kursus-kursus seperti Instrumen Perindustrian, Telekomunikasi serta Pembina dan Pemasang Struktur Keluli telah diperkenalkan. Program-program latihan yang ditawarkan adalah seperti Skim Perantisan Negara, Kursus Persijilan Kemahiran Ketukangan dan Kursus Meningkatkan Kemahiran.

 

Di peringkat awal operasinya, Institut ini mempunyai 1 blok bangunan pentadbiran, 3 blok bengkel yang boleh menampung 300 orang pelajar, 4 blok kemudahan asrama, sebuah surau, 1 dewan makan, 1 bangunan stor dan dewan serbaguna disamping kemudahan-kemudahan sukan seperti padang bola sepak, hoki, tenis, sepaktakraw dan gelanggang badminton.

 

Sepanjang tempoh 30 tahun ini, ILPBK telah Berjaya melahirkan lebih 45,800 graduan berkemahiran melalui program sepenuh masa dan jangka pendek.

 

Sumber: Arkib ILPBK