Perutusan Pengarah

 

 Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera.

Selamat datang ke Laman Web Rasmi ILP Bukit Katil.

Institut Latihan Perindustrian (ILP) Bukit Katil merupakan institusi latihan di bawah Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Kementerian Sumber Manusia (KSM).  ILPBK ditubuhkan bertujuan menyediakan dan melaksanakan program latihan kemahiran pra-pekerjaan bagi memenuhi keperluan sektor perindustrian negara.

Kursus-kursus yang ditawarkan adalah Teknologi Instrumen Perindustrian, Teknologi Plastik (Polimer), Teknologi Mekatronik, Teknologi Penyenggaraan Mekanikal, Teknologi Kimpalan dan Teknologi Elektrik.  Selain itu, ILPBK juga ada menyediakan kursus jangka pendek yang menyenaraikan beberapa latihan berpandukan keperluan industri.

Terdapat banyak kemudahan yang disediakan di ILPBK untuk kegunaan semua warga ILPBK. Kemudahan yang disediakan ini diharapkan dapat membantu mewujudkan suasana yang selesa untuk para pelajar dan pegawai.

Saya amat mengalu-alukan kehadiran semua pengunjung ke Laman Web ILPBK. Semoga semua maklumat yang disertakan dapat membantu para pengunjung untuk mengenali ILPBK dengan lebih dekat.

Jom kemahiran bersama kami.

 Terima kasih.

 Saya yang menjalankan amanah,

(Ts. NOOR ARIFFIN BIN MOHD ARIFF @ HARIS)
Pengarah
Institut Latihan Perindustrian
Bukit Katil, Melaka