Kursus Jangka Pendek Yang Ditawarkan

Objektif

  • Memberi peluang latihan kepada pekerja-pekerja industri yang ingin meningkatkan hasilkerja serta kualiti diri agar kebolehan mereka seganding dengan keperluan syarikat dan perkembangan teknologi semasa.

Pengendalian Kursus

  • Semua kursus separuh masa ini dikendalikan oleh Institut Latihan Perindustrian, Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia, Malaysia.
  • Semua kursus dijalankan secara sambilan (part-time) dan hujung minggu.
  • Jangkamasa kursus adalah seperti di dalam Jadual Kursus yang dikeluarkan setiap tahun. Tarikh kursus adalah tertakluk kepada jumlah permohonan bagi sesuatu kursus.

Bidang Kursus

  • KURSUS JANGKAMASA PENDEK BERMODUL ditawarkan merangkumi bidang berikut: Mekanikal, Elektrikal dan Elektronik dan Multimedia. Kursus ini dijalankan pada hujung minggu.
  • KURSUS KHAS (CUSTOMISED) juga ditawarkan atas permintaan syarikat berdasarkan latihan-latihan khas yang diperlukan. Kurikulum, lokasi dan jadual latihan ditentukan mengikut persetujuan dan kesesuaian pihak syarikat dan institute.

Persijilan

  • Peserta-peserta yang telah mengikuti kursus serta memenuhi syarat-syarat kursus yang ditetapkan, akan menerima Sijil Kursus Meninggikan Kemahiran

Tuntutan Kemalangan

  • Peserta-peserta kursus dikehendaki mengisi dan menandatangani Borang Indemniti. Pihak Institut adalah bebas dari sebarang tuntutan dan dakwaan bersabit dengan apa jua kecederaan akibat kemalangan yang berlaku semasa mengikuti kursus.

Kemudahan Penginapan

  • Pihak institut tidak menyediakan kemudahan penginapan.

Insentif kepada Majikan

  • Majikan-majikan yang menaja pekerja-pekerja mereka untuk mengikuti kursus di Institut ini adalah layak untuk membuat tuntutan Pelepasan Cukai Dua Kali ATAU tuntutan bayaran balik kursus daripada pihak MAJLIS PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA (HRDC).

Yuran Kursus

  • Kadar yuran adalah tertakluk kepada jenis kursus yang diikuti seperti di dalam Jadual Kursus.

 

*Nota: Panduan ini adalah tertakluk kepada perubahan dari masa ke semasa.

PENGUMUMAN