Sejarah

ILP Bukit Katil mula beroperasi pada awal tahun 1989. Insitut ini telah dirasmikan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong ke IX, Sultan Azlan Shah, pada 13 hb Julai 1990 Bersamaan 20 hb Dzulhijjah 1410 Hijrah. Pada awalnya, 7 bidang kemahiran telah dijalan merangkumi Mekanik Am, Pemesinan Am, Juruletrik, Elektronik Perindustrian, Radio & TV, Kimpalan & Pembuatan Perabot. Apabila Institut ini beroperasi sepenuhnya, kursus-kursus seperti Instrumen Perindustrian, Telekomunikasi & Pembina dan Pemasangan Struktur Keluli telah diperkenalkan. Program-program latihan yang ditawarkan adalah seperti Skim Perantisan Negara, Kursus Persijilam Kemahiran Ketukangan & Kursus Meninggi Kemahiran.

 

 

PENGUMUMAN